Monday, February 13, 2012

Nicolas Cage: "I don't drink blood, and the last time I looked in the mirror, I had a reflection,"

Gambar berusia 140 tahun mirip Nicholas Cage.

Gambar era Perang Saudara memaparkan seorang lelaki yang mempunyai persamaan dengan Nicolas Cage telah menjadi topik sensasi di internet apabila gambar tersebut muncul di laman web lelongan Online eBay pada September tahun lepas. Pada malam Khamis lalu semasa berada di dalam rancangan "Late Night Show with David Letterman," Nicholas Cage menafikan bahawa gambar lelaki tersebut adalah dirinya dan ianya adalah khabar angin yang mengarut.


"Well, let me say that there is a resemblance," jawab Nicholas Cage apabila David Letterman menunjukkan gambar tersebut. "But how can I be polite about this? It's a somewhat slowed down version of me."

Seorang yang bernama Jack Mord telah meletakkan gambar berusia 140 tahun itu di laman web lelongan eBay, menyatakan teorinya "Teori saya ialah dia membenarkan dirinya untuk menjadi tua pada sesuatu masa, mungkin 70, 80 atau lebih, kemudian pelakon Nicolas Cage 'akan' meninggal dunia," dia menulis di bahagian komen di laman lelongan tersebut." Tetapi secara realiti, Nicolas Cage adalah vampire dan diberi nafas baru.

David Letterman. (dulu selalu ikut rancangan ni)

Nicholas menambah lagi semasa wawancara bersama David Letterman dengan menyatakan dia tidak minum darah dan kali terakhir saya lihat diri saya di cermin terdapat refleksi diri saya.
"I don't drink blood, and the last time I looked in the mirror, I had a reflection," Cage insisted. "So I'm not going with the vampire theory. I'm not going to do it."

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More