KUALA LUMPUR: Gara-gara gambar bogel palsunya tersebar di laman sesawang hiburan tempatan, pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Noor Melia Aimiellia Zaidi atau Melia, 18, diugut mahu dicederakan.
Melia ketika dihubungi di sini, semalam berkata, gara-gara gambar palsu terbabit, ada antara saudara-maranya mengugut mahu memukulnya sekiranya didapati gambar itu benar dirinya.
“Saya tidak tahu menahu mengenainya sehinggalah pagi tadi (semalam) ada pihak produksi memberitahu mereka tidak dapat mengambil saya berlakon kerana bimbang digam stesen televisyen gara-gara gambar bogel dan klip video selama 30 minit sudah tersebar.
“Kebetulan saya baru habis penggambaran drama Titisan 13 episod untuk RTM, dan sudah tentu kenyataan ada stesen televisyen mahu ‘gam’ saya cukup membimbangkan,” katanya.
Jelas Melia lagi, dia sudah pun menyaksikan gambar terbabit, tetapi tidak dapat melihat klip video dimaksudkan. Malah, gambar terbabit sudah pun ditunjukkan kepada ibu bapanya.
Sumber Metro
Penyiasatan Ala-ala CSI Noor Melia Amelia
0 comments:
Post a Comment