Wednesday, February 15, 2012

Paul Walker, Camilla Belle Dan Owen Wilson Turun Malaysia Untuk Malam Gala F1

Paul Walker, Camilla Belle Dan Owen Wilson.

Nampak’nya penganjuran F1 Malaysian Grand Prix tahun ini memang beriya iya mahu membawa acara ini ke tahap yang lebih tinggi.

Selepas khabar mengatakan yang pihak penganjur bakal membawa masuk Ratu Pop Australia, Kylie Minogue untuk mengadakan sebuah konsert khas sempena perlumbaan Formula 1, kini ada berita gembira baru.

Enam orang bintang Hollwyood ternama di’katakan bakal hadir ke malam gala F1 atau GP Ball 2012 yang akan di’adakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur sebelum bermulanya perlumbaan di Sepang.

Tiga nama sudah mengesahkan kehadiran mereka iaitu Paul Walker yang agak popular dengan siri filem Fast & Furious. Owen Wilson yang sememang’nya seorang bintang filem terkenal melalui filem seperti Marley & Me, Midnight in Paris, Shanghai Noon, Starsky & Hutch and Zoolander.

Seorang aktress Hollywood yang popular menerusi filem epik 10,000 B.C juga mengesahkan kehadiran ke GP Ball 2012 ini — Camilla Belle.

Penganjur GP Ball 2012, LME Agency menerusi ketua pegawai eksekutif mereka Rio Kader mengesahkan berita ini namun tidak berikan sebarang maklumat lanjut berkaitan nama nama selebriti yang lain’nya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More