TAHUN lalu, pelawak, pelakon dan penyanyi, Pian (Cecupak) pernahmembuat pengakuan secara terbuka mengenai tindakannya melakukansuntikan pada wajah untuk kelihatan cantik.
Dengan hampir 30 suntikan, dia sanggup melabur ribuan ringgitsemata-mata untuk mendapatkan wajah idaman. Tidak gentar apa kataorang, Pian menyatakan lelaki sememangnya ada hak untuk kelihatancantik.
Sambil mendakwa ada lagi artis lelaki yang berbuat demikian, namun, jelas Pian, tidak ramai yang berani mengaku.
Terbaru, seorang pengacara muda iaitu Mohd. Hairey Azhar AbdulRahman, 23, atau lebih dikenali sebagai Zoey, turut dikaitkan denganperkara sama.
Zoey yang popular menerusi program Gerak Geri Gasing di saluranCeria (saluran 611, Astro) dikatakan membuat suntikan di bahagiandagunya.
Malah, ketika ditemui Hits semasa proses rakaman program Gerak GeriGasing musim ketiga di Studio Finas, Hulu Kelang, Selangor, baru-baruini, bahagian dagu Zoey kelihatan runcing dan berlekuk.
Bagaimanapun, sebaik diajukan persoalan mengenai hal berkenaan, Zoey pantas menafikannya.
Itu tidak benar. Saya tidak melakukannya (suntikan),katanya dalam nada ketawa.
Jelas Zoey, biarpun ada yang mendakwa dia melakukan suntikan, wajahnya tetap sama seperti dahulu.
kalau tidak percaya, boleh cari gambar-gambar lama saya dan lihatapakah ada perubahan, ujar anak keempat daripada lima adik beradik ini.
Sementara itu, Zoey sekali lagi diberi kepercayaan untukmengendalikan program bercorak kanak-kanak iaitu Gerak Geri Gasing bagimusim ketiga.
Menurut Zoey, meskipun mempunyai wajah keanak-anakan, dia tidakkisah andai diberikan program atau watak yang menepati wajahnya itu.
Memang saya banyak terima tawaran berlakon sebagai budak sekolah dan remaja padahal umur saya sudah menjangkau 23 tahun, katanya.
Wednesday, February 1, 2012
Zoey (Gerak Geri Gasing suntik jugak?)
7:06 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment