Thursday, March 1, 2012

Aaron Aziz, Johan dan Zizan kini Artis Naungan Astro

Johan ("guna astro temporary tag") tapi sekarang dah permanent :)

Tiga nama ini mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat dan populariti mereka telah mencetuskan fenomena yang tersendiri dalam industri hiburan tanahair. Mereka bukan sahaja menjadi kegilaan peminat, malah menjadi rebutan di kalangan syarikat penyiaran, badan korporat dan jenama untuk berkerjasama. Bijak mengatur kerjaya seni, Aaron Aziz, Johan dan Zizan memilih untuk menandatangani kontrak sebagai Artis Naungan Astro demi mengatur halatuju dan kerjaya mereka dalam bidang hiburan.

Persetujuan yang termerterai ini menandakan bermulanya kerjasama baru antara pihak Astro dengan Aaron Aziz, Johan dan Zizan. Sebagai sebuah badan korporat yang berpengaruh, Astro akan berperanan menguruskan kerjaya seni di samping meneroka peluang yang lebih luas kepada tiga selebriti ini untuk lebih menyerlahkan lagi potensi mereka dalam bidang yang diceburi. Istimewanya, artis-artis naungan Astro ini bebas untuk terus berkarya dan muncul dalam stesen televisyen atau syarikat pesaing yang lain.

Zizan

Pihak Astro sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan. Astro amat percaya bakat-bakat yang kita miliki ini mempunyai potensi yang amat besar untuk dikembangkan dalam setiap cabang seni yang diceburi. Justeru, kami berharap dengan pengaruh dan keupayaan yang dimiliki Astro dapat memberi peluang yang lebih besar kepada mereka untuk pergi lebih jauh dan merencana kerjaya seni mereka dengan lebih tersusun.

Astro juga berharap dengan usaha yang dilakukan ini dapat menyuntik semangat kepada bakat-bakat ini untuk terus menyumbangkan kreativiti mereka secara optimum dan mampu bertahan lebih lama dalam industri seni. Matlamat ini akan dapat dicapai sekirannya perjalanan seni mereka dirancang dan dikendalikan dengan lebih teliti. Justeru itu, Astro akan menggunakan kepakaran yang ada untuk merangka halatuju setiap artis naungan ini dengan lebih jelas agar mereka dapat menonjolkan lebih banyak karya yang berkualiti demi merancakkan lagi industri seni tanahair

Peluang-peluang baru akan terus diteroka untuk kesemua artis naungan ini samada menerusi platform Astro atau pasaran terbuka di luar sana. Aaron Aziz misalnya sedang menjalani penggambaran bagi sebuah drama 80 episod yang akan ditayangkan di platform Astro dan dalam perbincangan terakhir untuk beberapa buah jenama serta bakal muncul dalam beberapa buah filem, drama dan video muzik. Bukan itu sahaja, Aaron juga bakal memberi kejutan kepada para peminatnya apabila beliau bakal merakamkan sebuah lagu bagi berkongsi bakat yang dimiliki.

Manakala Johan dan Zizan yang sedang mengacarakan program Raja Lawak musim keenam akan memasuki program terbaru di Astro Warna berjudul Superspontan. Mereka juga masing-masing telah diberikan slot untuk mengendalikan program baru sendiri di Astro selain kemunculan dalam beberapa buah filem dan drama. Buat julung kalinya juga, mereka akan merakamkan sebuah album single khas buat para peminat.


Aaron Aziz

Kerjasama yang dilakukan ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada industri seni secara keseluruhannya. Astro juga yakin bahawa usaha yang dilakukan ini dapat menyuntik semangat kepada lebih ramai artis di luar sana untuk berkerja dengan lebih keras untuk terus maju dan berjaya dalam kerjaya seni mereka. Astro akan sentiasa menyediakan platform terbaik kepada anak-anak seni untuk terus maju dan merasai pengalaman unik yang sukar diperoleh di tempat lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More