Monday, March 26, 2012

Azza (Elite) Bernikah Ahad ini Tanpa Majlis Bertunang

Azza (Elite) dan Azlan Zulaily

Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang pramugara AirAsia, Azlan Zulaily, pada 1 April ini tanpa sebarang ikatan pertunangan kerana enggan melalui cabaran yang tidak diduga itu.

Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari berkata, sama ada bertunang atau tidak, ia bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih mudah untuk dirinya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga terus.

"Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.

"Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu,"

Azza menerima lamaran Azlan daripada mesej telefon bimbit

Bercerita mengenai persiapan perkahwinannya, Azza berkata, dia belum merasai debaran untuk menjadi isteri orang tetapi mengakui, semakin dekat tarikh pernikahannya, semakin banyak pula tawaran lakonan yang diterima.

"Mungkin inilah dia dikatakan rezeki nak kahwin agaknya. Memang sejak kebelakangan ini saya terpaksa tolak pelbagai tawaran lakonan, demi membuat persiapan diri pada majlis pernikahan nanti.

"Apa yang saya berlaku sekarang, sama seperti perkahwinan terdahulu saya. Bila nak kahwin saja, tiba-tiba kerja datang selonggok. Alhamdulillah, saya bekerja macam biasa dan mengambil kerja-kerja lakonan mengikut kemampuan diri, sampai badan rasa nak demam dibuatnya.

"Dan setakat sudah 70 peratus persiapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam," ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama “Baitulrahmat”, terbitan JS Pictures.

Azza bakal melangsungkan pernikahannya di Masjid Bukit Antarabangsa pada Ahad depan selepas solat Zuhur sementara majlis resepsinya pula akan diadakan di pasar raya Mydin, Ipoh, Perak yang belum ditentukan tarikhnya.

Perkenalan Azza dengan Azlan bermula pada perayaan tahun baru 2011 dan dia telah dilamar pada 1 November lalu dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.

"Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

"Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami," ujarnya.

Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004.

Mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber:mStar

Tahniah Azza.

1 comments:

Top Heppy said...

Jual Aneka Produk Import Kosmetik, Obat Kuat Dan Alat Bantu Seks, Tersedia Produk :
1. Obat Pemutih Badan Emilay Whitening Softgel
2. Distributor Vimax Asli Canada Pembesar Penis
3. Obat Perapat Dan Gurah Vagina
4. Maximum Powerful Obat Kuat Sex Herbal
5. Semenax Obat Penyubur Sperma
6. Kondom Silikon Berotot
7. Obat Sipilis Ampuh 2 Hari Sembuh Total
8. Obat Perangsang Wanita Cair SEX DROPS
9. Boneka Full Body Cantik Jepang
10. Alat Bantu Sex Wanita Vibrator Lidah

→ Lihat Testimoni Dan Bukti Pelangan Kami -> Cek disini
→ Jika anda berminat dengan produk-produk kami, Silahkan hubungi kami.
→ Untuk Info Detail Silahkan Kunjungi website Kami : http://hokimarket.com

Balas Hapus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More