Thursday, March 8, 2012

Baby Shima: Artis Adam & Co (Adam AF)

Baby Shima

Daripada angan-angan, kini impiannya untuk bergelar penyanyi rakaman menjadi nyata. Hakikat itu pula tercapai apabila dia menyertai pertandingan Bintang Idola Berita Harian (BIBH) pada 2010, di Johor Bahru, sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di negeri terbabit.

Kini, bukan saja dia berada di bawah pengurusan Adam & Co, milik Adam AF, malah pada masa yang sama dia berpeluang mendendangkan lagu ciptaan Edry Abdul Halim daripada KRU.

Baby Shima yang muncul juara peringkat akhir Bintang Idola Berita Harian tahun itu amat bersyukur apabila cita-citanya bergelar penyanyi terlaksana, dengan bantuan akhbar ini.

"Saya tidak menyangka citacita menjadi penyanyi tercapai dalam masa yang singkat, ketika saya masih terlalu muda. Lebih menggembirakan apabila saya dapat bekerjasama dengan penyanyi yang amat saya minati, Adam," kata gadis berusia 20 tahun ini ketika ditemui pada siri jelajah ABPBH2011, di SACC Mall, baru-baru ini.

Walaupun belum begitu menyerlah, Shima yang menggapai kemenangan dengan mendendangkan lagu Sangkar Emas tidak menafikan dia sudah mula mengumpul peminat sendiri.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More