Thursday, March 22, 2012

Man Raja Lawak Nafi Sertai Pertubuhan Kongsi Gelap

Man Raja Lawak

Juara Raja Lawak musim ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man Raja Lawak menafikan dirinya ahli kongsi gelap. Dakwaan yang mengatakan dia ahli kongsi gelap berpunca selepas dia dan rakan, Rahim Mat Ali atau Rahim R2 Raja Lawak 5 mengacarakan majlis tertutup anjuran pertubuhan tersebut.

HarianMetro melaporkan satu sumber yang dipercayai telah memberitahu bahawa Man dan Rahim merupakan antara selebriti tempatan terbaru yang menganggotai satu sayap pertubuhan itu. Namun Man Raja Lawak menafikan dakwaan tersebut.

"Saya bukan samseng. Kalau benar saya menyertai dan terbabit dengan sebarang aktiviti kongsi gelap, sila tampil dan tunjukkan bukti,"kata Man .

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua artis ini dilihat bersalaman dan melagakan pipi bersama ketua sebelum memulakan tugas sebagai pengacara.

Pelawak berusia 33 tahun ini mengakui bahawa dia dan Rahim memang berada pada majlis tersebut kerana dijemput untuk mengacara majlis untuk menghiburkan tetamu, bukan untuk menganggotai kumpulan berkenaan.

"Saya pelawak bukan samseng dan kalau ditenung raut wajah saya, layakkah saya bergelar samseng? Saya menerima undangan mengacara kerana mahu mencari sesuap nasi menyara keluarga saya,"jelasnya lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More