Wednesday, March 21, 2012

Shahrizal Mengaku Mempunyai Masalah Disiplin Sering Lewat Ke Lokasi

Shahrizal Jaszle

Pelakon Shahrizal Jaszle mengakui menghadapi masalah disiplin apabila sering datang lewat ke lokasi sehingga mengakibatkan penggambaran terganggu.

Pelakon itu berkata, perkara berkenaan timbul bukan disengajakan sebaliknya berpunca daripada masalah kesukaran tidur yang dialaminya selama ini.

"Saya mengakui memang mempunyai masalah disiplin sehingga telah menyebabkan pihak lain turut menerima kesan daripada sikap saya.


"Namun begitu hal berkenaan bukan disengajakan kerana saya memang mempunyai masalah tidur dan sukar untuk bangun pada waktu pagi,"


"Saya ada cuba untuk merawat masalah saya ini tetapi nampaknya masih belum berhasil. Bagaimanapun saya berjanji akan mengatasi masalah ini supaya tidak menyusahkan pihak lain"

Ditanya samada  ianya berpunca daripada hubungannya dengan pelakon Miera Leyana yang sering tidak menentu.

"Miera tidak menjadi punca tambahan pula hubungan kami telah berakhir. Masalah ini berlaku mungkin kerana apabila sudah terlalu letih saya tak boleh tidur tepat pada waktunya dan sekali gus menyebabkan saya bangun lewat pada keesokan hari,"


Sumber: mStar

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More