Tuesday, March 6, 2012

Sherie Merlis Mengandung Hasil Perkahwinan Bersama Ash

Sherie Merlis dan Ash diijabkabulkan pada 1 Januari 2012.

Pelakon drama televisyen (TV) terkenal, Sherie Merlis yang baru menamatkan status jandanya pada 1 Januari lalu selepas berkahwin dengan Ash kini mendapat rezeki bertimpa apabila dia disahkan mengandung baru-baru ini.

Menurut Sherie, dia bersyukur kerana dia mengandung lagi selepas hampir 20 tahun menjadi ibu tunggal setelah rumah rumahtangga yang dibinanya bersama seorang aktor terkenal putus di tengah jalan dan dikurniakan beberapa orang anak hasil perkahwinan itu.

“Kandungan saya kini berusia sebulan lebih. Doktor kata saya harus menjaga kandungan saya kerana mengandung pada usia 40-an agak berisiko apatah lagi saya sudah lama tidak mengandung. Saya bersyukur kerana masih berpeluang mengandung. Ini mungkin bunting pelamin,” ujarnya.

Sementara itu, Ash yang mendapat tahu perkhabaran itu terkejut apabila doktor memberitahu Sherie mengandung walaupun mereka baru dua bulan berkahwin di mana secara tidak langsung doanya untuk bergelar seorang bapa telah dimakbulkan oleh Allah.

“Mula-mula Sherie kasi tahu saya bahawa dia sudah lama tidak datang haid. Selepas itu dia mula muntah-muntah. Apabila berjumpa doktor, isteri saya itu disahkan telah mengandung. Berita itu amat mengujakan saya. Bagi saya ini adalah tanggungjawab terbaru saya sebagai suami,” katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More