Friday, April 20, 2012

Ally Iskandar Ingin Mendapat 2 Orang Anak (Lelaki dan Perempuan)

Pasangan Suami Isteri, Ally Iskandar Dan Farah Lee

Personaliti TV3, Ally Iskandar berkongsi mengenai kehidupannya setelah bergelar suami orang. Katanya dia kini sedang bergembira apatah lagi dengan kehadiran isteri tercinta yang pulang bercuti selama seminggu.

"Alhamdulillah, kehidupan rumah tangga kami bahagia biarpun kami berjauhan. InsyaAllah, Farah akan mengakhiri pengajiannya pada hujung tahun ini. Oleh sebab itulah kami terpaksa merancang keluarga memandangkan dia masih berada dalam sesi pengajian.

"Sekiranya dia berbadan dua pun, kebarangkalian untuk Farah menangguhkan pengajian adalah besar, jadi sebaiknya biarlah Farah menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu sebelum kami merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga," kata Ally yang mengimpikan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
 
(rina suka gambar ni)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More