Monday, April 16, 2012

Artis Hip Hop Mikael Adam Dibelasah Kerabat Diraja

NOORZULAINI Yunos melihat kecederaan di kepala anaknya, Mikael Adam di Hospital Prince Court, di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi (13 April 2012).
Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengapa dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.
Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Berita Harian

1 comments:

Unknown said...

salam takziah kepada keluarga mangsa dan saya mendoakan agar adik dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dan diberkati Allah SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW INSYALLAH yang terbaik untuk anda semua untuk menjelaskan kedudukan perkara yang terbaik untuk anda semua didalam Facebook bloq website adalah bijak dan adil akan tetapi jika berlaku kecemasan dan hubungilah segera polis diraja Malaysia yang terbaik untuk merealisasikannya dalam segala urusan dan adil kepada semua pihak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More