Aziz Desa
Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, pengacara TV popular yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bahru, pada Rabu lalu.
beliau pada mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang. Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu.
“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.
Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.
Semoga cepat sembuh
0 comments:
Post a Comment