Thursday, April 5, 2012

Natasha Hudson Bakal Kahwini Carleed Khaza Dalam Bulan April

Natasha Hudson dan Carleed Khaza

Natasha Hudson yang baru sahaja kembali ke tanah air daripada mengerjakan umrah pagi kelmarin, melalui wartawan Rotikaya, Natasha Hudson telah mengesahkan dirinya akan berkahwin dengan penyanyi rap malaysia Carleed Khaza, walaupun tarikh sebenar masih belum diketahui tetapi menurut Natasha, persiapan untuk majlis perkahwinannya telah dimulakan, keputusan untuk berkahwin diambil ketika berada di kota Mekah.


Video Carleed Khaza dan Natasha Hudson - Jika Ku Boleh Ubah Dunia.

Natasha Liana Hudson dilahirkan pada 9 September, 1982 adalah seorang model, pelakon dan penulis yang berasal daripada Ipoh, Perak. Natasha telah menerbitkan dua buah buku, buku puisi berbahasa English "MY heart,MY soul,My passion" dan buku kanak-kanak "Puisi Indah Si Pari Pari" pada tahun 2007. Natasha Hudson pernah berkahwin sebanyak dua kali malanya kedua-dua perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian. Perkahwinan pertama Natasha Hudson dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih, hanya bertahan selama 4 bulan, perkahwinan kedua pula dengan Datuk Shahrin Zahari telah menghasilkan seorang anak perempuan bernama Neesa Helena, perkahwinan ini hanya bertahan selama 2 tahun. Jadi doa-doakanlah perkahwinan Natasha Hudson dengan Carleed Khaza nanti akan berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat.


Perkahwinan pertama Natasha Hudson dan Mohd. Faiz Mohd.


Perkahwinan Natasha Hudson dengan Datuk Shahrin Zahari

Natasha Hudson dan Neesa Helena

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More