Friday, April 27, 2012

Tarian Ghairah Shila Amzah "Tak Keterlaluan"

Tarian Ghairah Shila Amzah (Ahmad Dhani Scanning dari Belakang)

Sejak akhir-akhir ini, Shila Amzah semakin dihujani kontroversi. Terbaru, tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania menjadi perbualan ramai yang kurang senang sehingga dianggap tidak memikirkan sensitiviti budaya di sini.


Video Tarian Ghairah Shila Amzah

Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melanda, Shila menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti.

 “Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.

Jelas Shila, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.

“Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya," ujar Shila.

Shila juga turut memohon agar isu ini segera dihentikan demi menjaga hati keluarganya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More