Friday, June 8, 2012

Adda Butterfly Bercerai Selepas 17 Hari Berkahwin


Adda Butterfly bernikah pada 30 Mac lalu.

Vokalis kumpulan Butterfly, Adda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, dikatakan sudah bercerai dengan suami selepas 17 hari bergelar isteri.

Mamat Sepah dan Adda.

Adda yang sebelum ini dikaitkan dengan Mamat Sepah telah bernikah pada 30 Mac lalu.
Dipetik daripada Media Hiburan, Adda telah mengesahkan perkara tersebut ketika dia ditemui pada majlis tayangan istimewa filem "Mael Lambong" baru-baru ini.

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja."

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang," katanya.

Tambahnya lagi, keadaan bertambah keruh apabila isteri suaminya itu mengetahui perkahwinan mereka, dan sejak hari itu perkahwinannya menjadi porak peranda dan Adda mengambil keputusan untuk keluar dari rumah akibat tekanan.

Sebelum ini, Adda atau nama sebenarnya Nur Syuhada sah bergelar isteri pada 30 Mac lalu memberitahu sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah berjumpa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun menemui jalan buntu. Akhirnya, penyanyi berusia 24 tahun ini diceraikan melalui telefon.

Sementara itu, Adda memberitahu bahawa dia tetap bahagia dengan kehidupannya sekarang ini walaupun kini bergelar janda diusia muda.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More