Thursday, February 7, 2013

Al-Fatihah: Datuk Yahya Sulong Telah Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk yahya Sulong


Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong telah kembali ke rahmatullah, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 6.45 petang semalam (Rabu, 6 Februari, 2013)

Gambar Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan isteri Datin Alisah Ali pada 11 Disember tahun lalu.

Datin Alisah Ali kesal tidak berada di sisinya kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sejak Yahya dimasukkan ke hospital pada 11 Januari lalu.

"Selama dia berada di HKL, saya tak sempat melawat kerana saya juga sakit dan terlalu uzur. Apabila diberitahu dia meninggal dunia, saya benar-benar terkejut," ujarnya seperti dipetik dari mStar.

Alisah yang mengidap kanser paru-paru tahap empat akui disebabkan penyakitnya itu, dia jarang menghabiskan masa bersama Allahyarham kerana terpaksa mendapat rawatan hospital.

Lebih menyedihkan apabila dia terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke mana-mana dan mempunyai pendapatan terhad iaitu RM400 sebulan hasil bantuan daripada pihak Baitulmal.

Alisah, 64, turut bimbang kerana dia merasakan tiada tempat bergantung dan memikirkan siapa yang akan menjaganya jika ditimpa masalah satu hari nanti.

Yahya dan Alisah tidak dikurniakan anak, sebaliknya Yahya mempunyai 11 orang anak dan enam orang cucu hasil tiga perkahwinan terdahulu.

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Alisah dan keempat buat Yahya.

Pada Ogos tahun lepas, Yahya telah koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Allahyarham meninggal dunia ketika berusia 85 tahun akibat menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan berdekatan kubur salah seorang isterinya di Teluk Intan, Perak hari ini.

Allahyarham sebelum ini pernah membintangi filem dan drama seperti "Abu Nawas", "Gila-Gila" dan "Prebet Lapok".

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untu Allahyarham, semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman Amin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More