Monday, March 4, 2013

2 Gambar Penjenayah Bersenjatakan M16 Mati Dipukul Oleh Penduduk Kampung

Penjenayah Merbahaya Mati dipukul  Oleh Penduduk Kampung Senallang Lama Semporna.  

SEMPORNA, 3 Mac (Bernama) -- Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga

mati lelaki bersenjata M16,
yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang

mengorbankan lima anggota polis,
di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam

tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti

lelaki itu. Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian

serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun

daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau

di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.


Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan

tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak

polis malam tadi".


"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan

mereka berkumpul di satu kawasan lapang,"
katanya yang turut berkumpul bersama

penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia

bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan

dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.



Mayat Penjenayah yang bersenjatakan M16 ini diletak di sebelah pokok, dipercayai terlibat bersama kumpulan yang telah menembak mati 5 anggota polis Malaysia sehari sebelum.


Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian

jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk

Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer

daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati

kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka

dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk

melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd

Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

-- BERNAMA


Ya Allah, aku memohon kepadamu Ya Allah lindungilah negara kami dari segala ancaman anasir-anasir jahat dari luar mahupun dari dalam negara,  lindungilah anggota-anggota keselamatan kami daripada menerima bala bencana dan berikanlah perlindungan kepada mereka semasa melakukan tugas mereka, singkirkanlah penjenayah-penjenayah, penceroboh-penceroboh yang menggugat kesejahteraan, kehidupan dan keamanan negara kami Amin.

Inspektor Zulkifli Mamat dan keluarga.

Sarjan Sabaruddin Daud dan keluarga.

Ucapan Takziah buat keluarga wira negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud yang telah terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara, Al-Fatihah.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More