Saturday, March 9, 2013

OP Daulat: Sidang Media 9 March 12 PM


OP DAULAT: Press Conference 9 March 12 P.M

Operasi Daulat masih lagi diteruskan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Pada jam 8 pagi tadi, semasa operasi dijalankan, seorang penceroboh telah cuba menyelinap keluar dari Kampung Tanjung Batu dan berlaku kejadian tembak menembak. Pasukan keselamatan telah berjaya menumpaskan peceroboh tersebut.

Di samping itu, usaha juga telah dijalankan di luar kawasan operasi dengan maklumat-maklumat yang diperoleh hasil daripada tangkapan penceroboh sebelum ini. Pihak polis juga meneruskan usaha-usaha mengesan suspek-suspek yang masih bebas. Sehingga kini seramai 79 suspek telah ditangkap dan mereka berada dalam tahanan pihak polis untuk siasatan.


Sumber: PDRM

Current Death Toll from Sulu Terrorist is now 53, after one of them trying sneak out of Kampung Tanjung Batu.

Lahad Datu, 9 Mac - Seorang lagi penceroboh militan Sulu maut
ditembak pada 8 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu, dekat sini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 53 orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penceroboh itu ditembak mati pasukan keselamatan selepas bertindak keluar daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri.

Selain itu, beliau berkata 79 orang yang ditahan di beberapa kawasan di pantai timur Sabah kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) bagi mengesahkan penglibatan mereka dengan kumpulan penceroboh berkenaan.

"Mereka ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pencerobohan bersenjata yang menjadikan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Feb lepas," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di markas operasi Op Daulat, Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sejak pencerobohan itu lapan anggota polis terkorban, dua daripadanya gugur dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sehari kemudian.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas Op Daulat di Felda Sahabat pada Khamis berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah meletak senjata dan menyerah diri tanpa syarat.- BERNAMA



No Need To Disguise Yourself, You Will Get Caught Eventually.

 Terrorist Suspects involved In the Killings and Mutilating Of 6 Police Officers Caught Few Days Ago.

You Can Run, You Can Hide but sooner or later Justice Will Prevail.

Well Done PDRM!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More