Saturday, March 16, 2013

Pelakon Malaysia Aeril Zafrel Bakal Membintangi Filem Hollywood


Aeril Zafrel sedang membuat penggambaran di London.

Pelakon dan Model remaja Malaysia, Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil bin Sunari bakal membintangi filem Hollywood sebagai watak utama bersama pelakon terkemuka seperti Christina Ricci dan Sharon Stone.

  Dipetik dari Harian Metro, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 26, memberitahu bahawa gambarnya dengan Christina itu adalah salah satu babak daripada video muzik lagu tema filem berkenaan yang masih berada dalam penggambaran di London.


Aeril Zafrel dan Christina Ricci.

"Saya akui memang benar pelakon di samping Christina dalam gambar itu adalah saya. Ia satu babak daripada video muzik lagu tema untuk filem tersebut yang masih belum mempunyai judul rasmi. Penggambaran video ini dirakamkan pada awal tahun ini.

"Namun mengenai filem itu, saya tidak boleh ulas lebih lanjut kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produksi."
Menurut Aeril, dia menerima tawaran berlakon tersebut menerusi seorang rakannya yang menetap di London.

"Rakan saya itu meminta saya hantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak penerbit terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu."

Aeril Zafrel!

"Bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi, buat masa ini saya tak dibenarkan untuk mendedahkan apa-apa mengenai judul rasmi kerana pengumuman hanya boleh dibuat oleh pihak penerbit saja."

Sementara itu, Aeril berkata dia seperti bermimpi apabila dapat berlakon dalam filem Hollywood di samping berlakon dengan pelakon terkemuka.

Tumpang bangga dan gembira seorang anak Malaysia akan bakal menjadi bintang terkemuka di peringkat antarabangsa, tahniah dan semoga anda semakin berjaya dalam bidang lakonan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More