Showing posts with label Whitney Houston dead. Show all posts
Showing posts with label Whitney Houston dead. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Whitney Houston Telefon Ibu Beberapa Minit Sebelum Ditemui Mati

Whitney Houston.

BEVERLY HILLS: Diva, Whitney Houston yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton Beverly Hills, California, Amerika Syarikat Sabtu lalu,didapati bercakap dengan ibunya menerusi telefon, kira-kira 25 minit sebelum kematiannya.

Akhbar The Sun, UK, melaporkan, terdapat beberapa botol ubat yang mengandungi bahan penenang dan ubat tidur sepertimana yang digunakan oleh mendiang Michael Jackson telah ditemui di dalam bilik hotel, tempat Whitney menginap itu,

Sebelum itu pada waktu tengah hari, sepupu Whitney iaitu penyanyi jaz dan “soul” terkenal Dionne Warwick telah menelefon mendiang untuk bertanya tentang majlis koktel yang akan diadakannya sempena majlisAnugerah Grammy yang akan berlangsung pada Ahad malam waktu tempatan.

Kemudian pada jam 2.30 petang, Whitney telah masuk ke bilik mandi sementara pengawal peribadinya bernama Ray menunggu di luar bilik.

Selepas itu pada lebih kurang jam 3.15 petang, Whitney telah menelefon ibunya Cissy pula. Menurut ibunya itu, berdasarkan perbualan mereka, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.

Whitney Houston dan ibunya Cissy Houston.

Menjelang jam 3.43 petang, pengawal peribadi Whitney, Ray mula bimbang dan resah kerana Whitney yang sepatutnya sudah bersedia untuk satu rakaman televisyen di koridor hotel berkenaan bersama sebuah stesen televisyen masih belum keluar dari bilik mandinya.

Ray kemudiannya meminta salah seorang pendandan rambut Whitney yang juga stafnya memeriksa keadaan penyanyi itu.

The Sun melaporkan, pembantu penyanyi itu telah menjerit ketakutan sebaik sahaja menemui Whitney dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi yang dipenuhi air dan kelihatan sudah tidak bernyawa.

Mereka kemudiannya cuba untuk memberi pertolongan cemas kepadanya.

Pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian turut memberikan bantuan kecemasan tetapi malangnya mereka juga gagal menyelamatkannya.

Pada pukul 3.55 petang, pasukan paramedik mengisytiharkan penyanyi pop terkemuka era 80-an dan 90-an yang berusia 48 tahun itu secara rasminya telah meninggal dunia.

Akhbar The Sun juga turut memetik beberapa orang saksi sebagai berkata, 48 jam sebelum kematiannya, Whitney telah didapati mabuk dan mengambil minuman keras dengan jumlah yang banyak.

Sunday, February 12, 2012

Whitney Houston meninggal pada usia 48 tahun


Penyayi R&B Whitney Houston, telah meninggal dunia pada hari Sabtu di Beverly Hills, California pada usia 48 tahun.

Whitney menetap di Hotel Beverly Hilton pada hari Sabtu untuk menghadiri sebuah parti pra-Grammy yang dihoskan oleh Clive Davis, pengasas Arista Records, yang juga mentor pop beliau.

Whitney Houston telah dijumpai di dalam biliknya pada jam 3:55, paramedik telah berusaha selama hampir 20 minit untuk cuba menghidupkannya semula dan punca kematiannya masih belum diketahui, menurut pihak berkuasa kematiannya tiada tanda unsur khianat/jenayah.

Penyanyi Rhythm and Blues ini termasyur pada era 1980-an tetapi kemasyuran dan kerjayanya semakin merosot saban tahun akibat penggunaan dadah dan perkahwinan yang porak-peranda.

Whitney Houston bersama ibunya Cissy Houston.

Ibu Whiney iaitu Cissy Houston adalah seorang penyanyi pop dan penyanyi latar belakang untuk Aretha Franklin, dan beliau juga adalah sepupu Dionne Warwick.

Whitney Houston membintangi Filem The Bodyguard.

Pada pertengahan tahun 1990-an, Whitney mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dengan filem-filem seperti "The Bodyguard" dan "The Preacher’s Wife".
Dalam temubual bersama Oprah Winfrey pada 2009, Whitney menyifatkan dirinya seorang pengguna dadah jenis ganja dan kokain yang terlampau.

Bobbi Kristina, Whitney Houston dan Bobby Brown.

Whitney Houston dilahirkan pad 9 Ogos, 1963, beliau berkahwin dengan Bobby Brown pada tahun 1992 dan melahirkan anak perempuan Bobbi Kristina pada tahun 1993. Whitney Houston dan Bobby Brown bercerai pada tahun 2007.




I will always love you Whitney Houston.

~~~~Whitney Houston death a Big loss for R&B.~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More