Wednesday, August 18, 2010

Ozlyn Waty Masih Trauma


Gara-gara kejadian tempoh hari, Ozlyn bukan saja fobia untuk keluar bersendirian malah kurang selesa bekerja dengan produksi yang belum pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

Insiden 'kena pukul' itu sudah hampir empat bulan berlalu. Namun buat Ozlyn Waty serta suami, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut, ianya meninggalkan kesan negatif ke atas kehidupan mereka.

Malah Ozlyn ketika ditemui baru-baru ini mengakui masih trauma apabila mengingatkan kembali kejadian itu. Lebih ngeri apabila dia selalu berasa tidak selamat khususnya bila keluar bersendirian.

"Saya akui masih trauma. Malah apabila ada kawan-kawan yang meminta saya menceritakan kembali kejadian itu, saya berasa seram dan takut. Tika melihat kembali wajah Johan selepas dipukul juga saya berasa ngeri.

"Adakalanya saya berasa tidak selamat khususnya ketika memandu bersendirian. Apatah lagi kalau saya membawa anak tunggal kami bersama. Pernah satu ketika saya berasa seperti diekori oleh sebuah motosikal hingga membuatkan badan saya menggigil ketika memandu.

"Sedangkan hakikatnya pemuda tersebut langsung tidak berniat jahat kepada saya. Kejadian itu juga membuatkan saya lebih berhati-hati," ujar Ozlyn yang berharap perasaan ngeri tersebut segera berlalu.

Gara-gara insiden itu juga Ozlyn terpaksa menolak banyak tawaran berlakon. Ini kerana katanya dia berasa takut untuk bekerja dengan produksi yang belum pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

"Kalau dulu saya tak kisah untuk berlakon dengan sesiapapun, tetapi selepas insiden itu saya hanya berasa selesa bekerja dengan orang yang pernah bekerjasama dengan saya.

"Bukan saya tidak percaya dengan orang lain, cuma perasaan tidak selesa membuatkan saya lebih senang duduk di rumah bersama anak saya. Mujurlah Johan memahami dan banyak memberikan sokongan kepada saya," ujarnya tenang.

Walaupun terlibat dengan kemelut tersebut, Ozlyn tetap bersyukur kerana sejak kebelakangan ini dia selalu mendapat tawaran berlakon di samping Johan. Katanya tawaran sebegitu membuatkan dia lebih selesa ketika di lokasi kerana suami sentiasa berada di sisinya.

"Kami sudah berlakon bersama di dalam drama 'Nak Balik Raya', 'Bengang' dan 'Tanah Di Baruh'. Apa yang boleh saya katakan, kejadian itu membuatkan hubungan kami menjadi lebih rapat kerana masing-masing lebih mengambil berat antara satu sama lain.

"Cuma pada bulan Ramadhan ini saya tidak berlakon dan lebih banyak menemani Johan di lokasi. Saya tidak kisah jika ada orang yang beranggapan saya selalu 'berkepit' dengan Johan kerana berlakon bersama, kerana kami berdua pasangan suami isteri.

"Malah setiap tawaran yang kami terima bukanlah kami yang mahu berlakon berdua, tetapi pihak produksi yang mahu menggandingkan kami berdua," katanya.

Berniaga di bazar Ramadhan
Seperti kebanyakan selebriti lain, Ozlyn dan Johan juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga di bazar Ramadhan. Menurut Ozlyn, selepas seminggu berniaga dia berasa seronok kerana mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan.

"Pada mulanya Johan hanya sekadar mencuba memohon menyewa tapak untuk berniaga di bazar Ramadhan. Tidak sangka pula permohonan Johan berjaya. Selepas itu barulah kami fikir apa yang kami nak jual.

"Selepas berfikir panjang kami ambil keputusan untuk meminta bantuan ibu saya memasak pelbagai menu berbuka puasa. Ini kerana ibu saya memang suka dan pandai memasak.

"Jadi sekarang kami menjual nasi campur dengan pelbagai jenis lauk-pauk. Selalunya saya dan ahli keluarga yang lain akan berada di gerai. Cuma sesekali kalau Johan tidak sibuk, dia akan turut sama 'buat kecoh' di sana," jelas Ozlyn yang berniaga di bazar Ramadhan Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai pengalaman berpuasa sebagai seorang isteri dan ibu muda, dia menjelaskan segala-galanya berjalan lancar. Malah anak tunggalnya juga kini semakin aktif menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga menjadi lebih bermakna.

1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan  ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More