Monday, June 14, 2010

Johan dibelasah Pengarah Javed



Ini adalah kisah yang diceritakan oleh Johan sendiri tentang kejadian yang menyebabkan dia cedera teruk oleh seorang pengarah Mohd Javed Mohd Nizar yang dipaparkan melalui artikel gua.com.my

Jumaat lalu, dengan pertolongan Persatuan Seniman, Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan, telah mengadakan satu sidang media khas di Bangi Kopitiam, Taman Melawati. Di dalam sidang media yang berlangsung selama sejam itu, selain mendedahkan tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas pengarah Mohd Javed Mohd Nizar termasuk tuntutan ganti rugi sebanyak RM1juta, Johan turut menceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku pada hari itu. Entah dimana silap Johan sehingga diperlakukan beginiEntah dimana silap Johan sehingga diperlakukan begini Diimbas kembali, Johan telah mengalami kecederaan akibat dibaling dengan gelas kaca oleh Javed. Kejadian berlaku di Kedai Makan Faizal Maju di Sikamat, Negeri Sembilan kira-kira jam 6 petang. Ketika itu, Johan dan isteri, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn telah dipanggil untuk berjumpa dengan pengarah berkenaan untuk satu perbincangan berkaitan skrip drama empat episod berjudul ‘Bisikan Arwah’. Sehari sebelum kejadian, ibu saya, Salwa Md Dani meninggal dunia kerana sakit tua. Kami berdua telah pulang ke Lembah Permai, Ampang untuk melihat buat kali terakhir arwah mak serta menguruskan jenazah arwah. “Saya tak cukup tidur menguruskan jenazah mak saya namun Tuhan bagi saya semangat untuk sambung kerja. Kalau diikutkan saya boleh cuti, tapi kerana memikirkan kos yang akan ditanggung oleh pihak produksi nanti, saya gagahkan juga untuk pergi ke lokasi. “Esok tu saya datang ke lokasi penggambaran dengan penat dan tak tidur semalaman. Pada hari kejadian, saya dan isteri telah diminta oleh penolong pengarah untuk pergi berjumpa dengan Javed di sebuah restoran mamak yang terletak di belakang lokasi penggambaran kami. “Penolong pengarah cakap nak jumpa bincang pasal pindaan skrip. Saya was-was sebab kenapa nak kena buat kat kedai mamak. Masa tu lebih kurang jam 5.30 petang. Lepas tu, kami tertidur balik, jaga-jaga dah jam 6.05 petang bila penolong pengarah tu kejut sekali lagi. “Dalam keadaan mamai kami berdua pun jalan lah pergi ke restoran tu. Dah nak sampai restoran tu, kami nampak Javed bagi ‘signal’ kat isteri dia yang juga merupakan jurusolek produksi untuk pergi. “Dari situ kami dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Masa sampai kat meja, ada Javed dan seorang lelaki bernama Halim yang diberitahu kepada kami adalah ‘production manager’ drama tersebut. “Kemudian kami duduk dan baru saja buat pesanan, Javed dah maki hamun kami dengan mengeluarkan perkataan-perkataan kesat. Lepas tu dia baling gelas kaca ke arah saya sampai gelas kaca tu pecah berderai.



“Darah di dahi saya memancut-mancut keluar sampai saya tak nampak apa-apa. Saya tergamam. Masa tu isteri saya tanya apa hal ni, kemudian Javed menolak meja dan begitu juga dengan Halim. Kemudian bila saya tanya pula apa sebab mereka buat macam ni, Halim tumbuk muka saya di sebelah kanan.
Kesan tumbukan di muka Gara-gara dibaling gelas kaca “Isteri saya cuba menghalang tapi telah ditendang sekali oleh Javed dan dua kali oleh Halim. Paling hiba sebab isteri saya pun kena sepak terajang. Tak sepatutnya dia buat begitu kerana dia baru saja empat bulan melahirkan anak. “Akibat insiden itu, Ozlyn telah cedera di bahagian belakang dan mengalami bengkak di kaki. Saya pun kena baling kerusi dengan Halim. Saya tak tahu kenapa mereka secara tiba-tiba naik angin.” Mengikut emel yang telah dihantar oleh Javed, dia menyatakan Johan tiada komitmen dalam lakonan, tak baca skrip, tak memahami karakter, tak bekerjasama dengan pengarah, tak berdisiplin dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon. “Dia ‘claim’ saya datang lambat walhal saya baru ‘shooting’ dua hari.



Saya tak faham mana yang saya datang lambat. Dari segi komitmen, saya buat apa yang dia suruh, tak pernah membantah. Lagipun baru je berapa babak dengan dia.
“Sebagai seorang Islam, saya dah memaafkan dia, tapi apa tindakan yang saya ambil hari ini adalah atas tindakan dia sendiri. Saya ingin pembelaan atas apa yang terjadi. Saya ingin bagi peringatan untuk dia dan juga pengarah-pengarah lain supaya jadikan ini sebagai tauladan agar perkara sebegini tak akan berulang lagi.”


1 comments:

KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan  ☎ (( +6282321594488 )) ATAU KLIK DISINI PESUGIHAN DUNIA GHAIB Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More