Thursday, January 19, 2012

Amir Jahari Artis Pertama Aizat Amdan


Penyanyi, Aizat Amdan memperluaskan kerjaya seninya apabila memilih bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9, Amir Jahari untuk bernaung di bawah syarikat pengurusannya iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE).

Aizat berkata, pemilihan Amir dibuat adalah disebabkan kebolehan penyanyi berusia 20 tahun itu mencipta lagu dan menulis lirik sendiri selain bakat nyanyiannya yang menyerlah.

"Saya yakin dia mampu pergi jauh kerana bakat dan semangat ditunjukkan begitu menarik perhatian saya tambahan pula kebolehannya menulis dan mencipta lagu," ujarnya pada majlis memperkenalkan Amir dan pelancaran album Urusan Aizat Amdan VCD Karaoke di sini Selasa lalu.

"Masa mula-mula saya tengok Amir, dia terus mengingatkan saya kepada diri saya pada satu ketika dahulu yang ingin mencari tapak sebagai seorang penyanyi.


"Perkara itu juga membuatkan hati saya terdetik untuk mengambilnya sebagai artis naungan dan membantunya menjadi seorang penyanyi yang berkaliber," katanya.

Dalam pada itu, Aizat berkata, selain menerbitkan album untuk penyanyi tersebut, KGE juga mempunyai agenda lain untuknya.


Ujarnya, kebolehan Amir menulis lirik dan mencipta lagu akan digunakan sebaik mungkin dalam mencipta lagu untuk artis lain.

"Sehingga kini sudah beberapa artis bersetuju untuk menggunakan lagu ciptaannya dalam album terbaru mereka seperti Afdlin Shauki dan Adibah Noor," katanya.

Sumber: Mstar


Lagu Tanpamu ciptaan Amir Jahari (pernah dengar lagu ni dalam radio tapi tak tahu pulak rupa-rupanya Amir AF ni yang nyanyi)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More