PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) tidak berniat untuk menyembunyikan tarikh perkahwinannya dengan pramugara AirAsia, Azlan Zulaily yang dijangka berlangsung pada 1 April depan.
Sebaliknya, Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari, berkata penjelasan yang diberikan kepada media sebelum ini telah di manipulasi oleh segelintir pihak sehingga menimbulkan salah faham.
“Saya akui berkecil hati apabila kisah perkahwinan saya di manipulasi oleh segelintir pihak yang mendakwa saya sengaja menyembunyikan tarikh perkahwinan daripada pengetahuan umum.
“Sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang ini semestinya saya faham bahawa artis adalah milik masyarakat.
“Namun dalam hal berkaitan perkahwinan, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum saya sewenangnya mencanangkan perkara besar ini kepada khalayak,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Azza berkata walaupun dia terguris dengan dakwaan kononnya dia sengaja mencari publisiti murahan menerusi pengumuman perkahwinan itu, ia tidak membangkitkan kemarahan kepadanya.
“Kenyataan-kenyataan yang saya keluarkan melalui akaun Twitter sebelum ini bukanlah kerana saya marah atau melenting dengan tuduhan yang dilemparkan itu.
“Ia hanya teguran ikhlas buat pihak yang tidak bertanggungjawab agar mereka menyedari bahawa saya juga mempunyai perasaan dan perlukan privasi. Apa-apa pun, saya reda dan bersabar dengan tuduhan itu,” katanya.
Mengulas lanjut, Azza yang kini berusia 34 tahun berkata, alasan sebenar di sebalik keengganannya untuk mengumumkan tarikh perkahwinan sebelum ini adalah kerana dia, bakal suami dan pihak keluarga masih lagi mencari tarikh terbaik yang bersesuaian dalam takwim Islam.
“Perkahwinan ini adalah perkara yang suci dan satu tuntutan. Mengapa saya perlukan gimik atau publisiti untuk perkahwinan saya sendiri?
“Hakikatnya, kami sekeluarga masih lagi mencari tarikh terbaik sebelum mengumumkannya. Ia membabitkan banyak pihak termasuklah soal penajaan juga,” katanya yang merancang sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan sederhana.
Azza yang menjalin hubungan dengan Azlan sejak setahun yang lalu berkata, keterbukaan dan keikhlasan pemuda berusia 20-an itu menerima dia seadanya membuatkan dia tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.
“Saya rasa pilihan pada kali ini adalah tepat, insya-Allah. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, saya yakin dengan keikhlasan dan kejujurannya menerima saya sebagai Azzarima dan bukannya seorang artis.
“Dia (Azlan) rapat dengan keluarganya. Sikap itu meyakinkan saya bahawa dia boleh menjaga saya dengan baik. Anak saya juga menerima Azlan dengan hati terbuka,” katanya.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004.
Mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang berusia tujuh tahun.
Azza yang aktif berlakon dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian bakal muncul dengan ‘single’ terbaru berjudul Boleh Jalan tidak lama lagi.
Sumber: mStar Online
Wednesday, January 11, 2012
Azza Elite kecil hati
9:18 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment