Sebelum ini Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed merancang untuk bernikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar pada 23 Februari tahun ini, kini Yusry dan Lisa sebulat suara memilih untuk disatukan selepas solat Maghrib di Hotel Marriot, Putrajaya kerana mereka bimbang akan menyulitkan saudara mara menghadiri majlis perkahwinan mereka.
"Agak kelam kabut sekiranya mereka perlu tiba pada waktu Asar. Oleh itu jalan yang terbaik adalah menukar kepada Maghrib dan sesuai kerana malam Jumaat. Saya bersyukur kerana mempunyai kekosongan dewan ketika itu,"
Lisa Surihani bakal menggayakan busana rekaan Cosry pada majlis nikah dan resepsi dengan menggunakan duit hasil titik peluhnya sendir kerana mereka masih belum memilih penaja untuk kedua-dua majlis.
"Kami terbuka jika ada yang ingin menaja. Ada menerima beberapa tawaran tetapi masih belum dipilih sehingga kini. Kami hanya akan memakai sepasang baju sahaja dan saya berpuas hati kerana pakaian dibeli oleh kami sendiri," ujar Lisa lagi.
Majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, selepas tiga hari diijabkabulkan.
Sumber: Cinema Online
Wednesday, January 11, 2012
Yusry dan Lisa Surihani tukar Venue dan masa pernikahan
8:55 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment