Majalah fesyen dan gaya hidup Wanita & Wawasan merakamkan aksi pasangan suami isteri Noh Hujan dan Mizz Nina di atas ranjang empuk sebuah hotel mewah sambil sama-sama berbisik manja bercerita perihal diri masing-masing.
Persalinan Canali serba putih yang disarungkan Noh menampakkan dia cukup berkarisma berada di sisi si isteri yang juga tidak kurang hebatnya dengan persalinan Shanghai Tang khusus untuk santapan pembaca setia majalah WW.
Edisi ketujuh WW disifatkan cukup istimewa kerana berpeluang menjadikan Noh dan Mizz Nina sebagai penghias muka hadapan bagi edisi Februari itu jelas Ketua Pengarang WW, Wirda Adnan.
Penggambaran untuk muka hadapan edisi Hari Kekasih ini telah diadakan tiga minggu lalu di Hotel Berjaya Hills, Bukit Tinggi.
" Alhamdulillah kami telah berjaya mendapatkan konsep yang kami mahukan, apatah lagi Noh dan Mizz Nina telah memberika kerjasama yang sangat baik sepanjang penggambaran. Lihat sajalah hasilnya ini," katanya.
Tambah Wirda lagi, tiada ungkapan yang dapat diluahkan selain dapat melihat kedua-dua pasangan popular berkenaan bergaya hebat dengan persalinan daripada jenama fesyen terkemuka tempatan serta antarabangsa.
"Seperti juga dalam edisi WW yang sebelum ini, kali ini kami telah berjaya menyerlahkan kejelitaan penyanyi Amy Mastura sebagai rupawan terkemuka antarabangsa CoCo Lee dalam salah satu ruangan yang sentiasa menjadi tarikan di dalam majalah ini," jelasnya.
Lihat dan tatapilah transformasi Amy Mastura sebagai CoCo Lee dalam beberapa garapan gaya serta solekan memukau.
Sementara itu, menurut Wirda, majalah WW edisi Februari boleh dimiliki di semua kedai buku seluruh negara selepas perayaan Tahun Baru Cina.
Sumber: Murai
0 comments:
Post a Comment