Tuesday, January 31, 2012

Gambar perkahwinan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam

Tak sangka Lisa sanggup buat begini kat Yusry

Neelofa pengapit Lisa


Pengarah muda Syafiq Yusof untuk Saya Amat Mencintaimu

Pengarah muda, Syafiq Yusof, 18, terpaksa menangguhkan pengajiannya di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) selama dua semester bagi menjalankan projek filem pertamanya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM).

Biarpun bukan genre filem kegemarannya, kerana lebih suka filem aksi komedi dan artistik, namun Syafiq yakin suntikan filem cinta kepada “psiko thriller” ini bakal mendapat perhatian penggemar filem.

Filem tersebut sudah memulakan penggambaran pada 8 Julai lepas di sekitar Lembah Klang dan dijangka ditayangkan pada 2012.

Komen Shaheizy Sam

Pelakon Shaheizy Sam yang membintangi filem Saya Amat Mencintaimu(SAM) terbitan Skop Production menganggap sebagai ganti kerana kegagalannya berlakon dalam filem Bohsia 2.

Dalam pada itu, Sam yang biasa dengan watak komedi mengakui 70 peratus daripada watak yang akan dilakonkan dalam SAM adalah dirinya yang sebenar.

“Setiap lakonan yang saya buat adalah 70 peratus diri saya yang sebenar dan disesuaikan mengikut skrip yang diberikan.


Sinopsis filem SAM

SAM terbitan Skop Productions mengisahkan tentang Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan mencintai Lisa yg jugak rakan sekerjanya. Sementara tu Lisa sering diganggu oleh Haikal dan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara Sam dan Haikal. Dalam pada tu muncul pulak lelaki hensem bernama Jefri yang menaruh hati kepada Lisa. Para pelakon dalam filem ni ialah Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa, Nasir Bilal Khan, Lydiawati, Harun Salim Bachik, Mubarak Majid dan Fimie Don. Skrip untuk filem SAM diolah sendiri oleh Shafiq dan dibantu oleh sepupunya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More