Tuesday, January 17, 2012

Marsha sekarang Milik Dafi?



Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi AF telah menawan hati bintang AF musim yang sama denganya iaitu Marsha.
Dafi 24, telah memberitahu Mstar bahawa Marsha Milan Londoh kini berada di bawah pengurusannya iaitu Laugh Out Loud Entertainment yang baru beroperasi hampir dua bulan. Dafi menyatakan keputusannya mengambil Marsha...




"Kami sudah berkawan lama dan rasanya lebih mudah bekerja dengan orang yang kita kenal baik.

"Tambahan pula Marsha memang sedang mencari pengurusan baru selepas tamat kontrak dengan Alibi Music,"

"Marsha telah memberitahu apa yang dia inginkan dan apa yang perlu kami lakukan. Walaupun kami berkawan tetapi perniagaan harus diberi keutamaan supaya tidak menyusahkan kedua-dua belah pihak.

"Insya-Allah saya mampu menjalankan tugas sebagai pihak mewakilinya dan harap dapat memberikan kerjasama baik kepadanya,"

Dafi berkata setakat ini dia baru mempunyai dua orang kakitangan dan KRU sebagai Role untuknya menceburi bidang pengurusan artis atau sebagai artis sendirinya.

"KRU sentiasa menjadi idola saya dalam apa juga mereka lakukan dan sentiasa ingin mencontohi mereka baik dari sudut karier sebagai artis mahupun perniagaan. Saya mahu berjaya seperti mereka suatu hari nanti,"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More