Friday, January 20, 2012

Panggilan hangit Hot FM dihentikan (sebab seorang artis senior?)


Persoalan sama ada segmen yang menjadi kegemaran ramai ini akan ditutup selamanya atau hanya sementara sudah terjawab pagi kelmarin melalui radio.
Dalam satu pengumuman ringkas menerusi Hot FM, AM Krew yang membariskan Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG memberitahu segmen Panggilan Hangit kini hanya kenangan.

Pihak pengurusan dikhabarkan telah mengambil keputusan untuk memberhentikan segmen ini buat selamanya dan peminatHot FM yang selama ini setia menanti di hadapan radio setiap pagi akan kecewa bermula hari ini.

Walaupun tidak menyatakan apa sebab sebenar penutupan segmen Panggilan Hangit ini, kami menerima satu dakwaan liar yang berkata ianya berpunca dari insiden seorang artis senior yang melenting.

Al-kisahnya, satu pagi seperti biasa AM Krew menjadikan artis senior yang kita kenal seorang yang cepat melenting & bermulut laju ini sebagai sasaran, tetapi tanpa mereka duga gurauan mereka menjadi isu serius.

Tidak dapat kami pastikan apa butiran Panggilan Hangit yang artis senior ini terima tetapi khabarnya selebriti wanita ini telah pun membawa perkara remeh ini ke pihak atasan & hasilnya, Panggilan Hangit tamat riwayat.

Jika kami sebutkan nama artis senior ini di sini, pasti kami akan turut di’heret bersama dalam isu ini maklumlah, semenjak dua menjak ini, beliau sensitif dengan isu gurauan generasi baru sampai tahap buka fail saman.
Siapakah artis tersebut? adakah ia bermula dengan huruf "O" ? entahlah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More