Friday, January 20, 2012

Roslin dah ada isteri baru (Exclusive gambar isteri baru roslin)


Jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim mengesahkan semalam bahawa dia telah berkahwin buat kali ketiga pada Disember tahun lalu.

Roslin, 36, membuat pengakuan tersebut semasa menjawab pertanyaan wartawan selepas selesai prosiding secara tertutup perbicaraan kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang dikemukakan terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

“Saya telah berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu,” kata beliau ringkas selain enggan mengulas identiti pasangan hidupnya itu dengan alasan menghormati keluarga isteri.



Roslin bernikah kali pertama dengan Faizah pada 30 Januari 2009. Pasangan itu kemudian disahkan bercerai pada 12 Mei 2009 oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Penceraian itu dilakukan menerusi talak yang jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).

Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka bernikah.

Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin dengan Faizah dalam tempoh 12 hari pernikahan mereka.


Perkahwinan keduanya dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Nurhayati Othman, 38, pada 9 Julai 2010.

Namun Roslin kemudian menceraikan Nurhayati 28 hari selepas pernikahan.



Gambar di bawah adalah gambar Exclusive isteri baru Roslin Hashim :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More