Thursday, January 26, 2012

Stacy besar kepala?


Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam 22, dikatakan semakin besar kepala apabila seringkali membatalkan sesi fotografi pada saat akhir (tiga kali).

Penjelasan Stacy mengenai isu tersebut:

"Stacy sudah jelaskan mengenai perkara itu kepada pihak yang terbabit. Pertama kali membatalkan sesi fotografi itu kerana diserang senggugut, kedua disebabkan tiba-tiba Stacy ada persembahan di Kuching, Sarawak dan kali ketiganya kerana Stacy kena gastrik.

"Semua jadual Stacy diuruskan pihak pengurusan dan Stacy tidak boleh membantah," maklum Stacy.

Stacy dalam pada itu sudah jelaskan perkara sebetulnya dan pihak yang terlibat juga memahami.

"Stacy janji lepas ini kalau sakit pun Stacy akan pergi juga. Stacy akan cuba bagi yang terbaik selepas ini. Minta maaf atas kekeliruan yang berlaku."

Sumber: Kosmo

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More