Thursday, January 26, 2012

Amir Jahari tidur di surau sebab masalah kewangan

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim ke 9 ini, mengakui sering berasa kecewa kerana semasa menyertai AF9, persembahannya kerap mendapat kritikan negatif.
Amir Jahari atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari sanggup melalui kepayahan untuk berada di tahap yang dicapainya kini.

"Walaupun kecewa, saya tetap tabahkan diri untuk teruskan perjuangan saya di dalam industri muzik. Ini kerana, saya telah memasang satu impian iaitu saya ingin membuka syarikat rakaman di negeri kelahiran saya iaitu di Sarawak dan mahu cuba bantu 'orang kampung' saya di dalam bidang ini.

"Memang kritikan negatif mengganggu saya namun saya cuba teruskan juga kerana yang penting ialah mencapai impian saya,"

Amir Jahari diuruskan oleh J Play (Joe Lee) dan baru-baru ini menjadi artis di bawah naungan syarikat rakaman Kasi Gegar Entertainment (KGE).

Pengalaman hidup boleh mematangkan seseorang tidak kira peringkat umur. Walaupun baru berusia 19 tahun, kepayahan yang dilalui Amir telah memberi empunya diri lebih semangat untuk meneruskan apa yang diimpinya selama ini.

Tanpa berselindung, Amir jujur mengakui dirinya memang pernah bermalam di surau dan wakaf berdekatan Bukit Damansara, Petaling Jaya selama setahun kerana mempunyai masalah kewangan ketika masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) tahun lepas.

Cerita anak keempat dari enam beradik ini, untuk menambah wang saku, dia akan melakukan aktiviti busking di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur termasuk di Pasar Seni.
"Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya. Jadi, saya akan memulakan aktiviti busking dari pukul 5 petang hingga 5 pagi dan saya akan sampai di rumah pukul 6 pagi. Saya akan tidur selama tiga jam sahaja sebelum bangun untuk ke kelas.

"Keluarga tidak banyak tahu tentang perkara ini dan pernah sekali tunang menyuruh saya berhenti kerana melihat kepayahan yang saya lalui ini. Namun, melihatkan kesungguhan saya mencapai impian saya itu, dia kembali menyokong dan percaya pada kebolehan diri ini," ujar Amir yang telah dua tahun mengikat tali pertunangan.



Amir Jahari kini muncul dengan single yang semakin menjadi siulan peminat berjudul "Tanpamu" dan tidak lama lagi single kedua akan dilancarkan akhir Januari ini yang diberi judul Gelisah. Kedua-duanya mendapat sentuhan daripadan Amir sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More