1) Jika anda tercekik ais batu: tuangkan air panas yang menggelegak ke dalam cawan kemudian minum, dijamin ais batu akan cair dan anda takkan tercekik ais batu.
2) Elakkan diri anda terpotong tangan sendiri ketika memotong sayur-sayuran: suruh orang lain pegang sayuran ketika anda memotong.
3) Elakkan pertengkaran semasa hendak menggunakan jamban: Guna Sinki!
4) Untuk Penghidap darah tinggi: lukakan diri sendiri kemudian biar darah keluar beberapa minit, dengan melakukan sedemikian ia akan mengurangkan tekanan di saluran darah anda. Ingat hanya beberapa minit saja :P
5) Letakkan perangkap tikus di atas alarm clock anda untuk memastikan anda bangun serta-merta. Hadoii.
6) Jika anda selalu batuk: minum air julap dengan kuantiti yang banyak, dijamin anda takkan berani nak batuk lagi.
7) Anda hanya perlukan dua benda: pelincir WD-40 dan binding tape, jika ianya tak bergerak tetapi ia sepatutnya bergerak guna WD-40, jika ianya tak sepatut bergerak tetapi bergerak guna binding tape.
8) Ingat Semua orang normal....... sehinggalah anda mengenali mereka.
9) Jika anda tak boleh baiki dengan tukul, anda ada masalah elektrikal.
Kelemahan adalah kelebihan untuk menjadi lebih kuat, kejahilan adalah kelebihan untuk belajar.
baby-rina
Sunday, January 8, 2012
Tips kediaman
1:20 PM
Babyrina
No comments
Labels
Artis Malaysia
(436)
0 comments:
Post a Comment