Tuesday, January 24, 2012

Video Jane Carrey anak Jim Carrey masuk American Idol 11


Jane Carrey adalah anak kepada pelakon komedi terkenal Hollywood Jim Carrey. Jane adalah anak Jim Carrey bersama isterinya yang pertama iaitu Melissa Womer.
Pada ujibakat American Idol musim ke 11 pada 22 Januari 2012 di San Diego, Jane menyanyikan lagu "Something to Talk About" dan telah mengagumkan juri/judges Steven Tyler, Jennifer Lopez dan Randy Jackson yang kemudian sebulat suara setuju untuk meletakkannya ke pusingan ujibakat yang seterusnya tetapi apa yang menarik mengenai Jane, ialah walaupun sebagai anak kepada Bintang "A-List" Hollywood yang terkenal dan kaya-raya dia nampaknya seperti seorang yang humble/rendah diri dan berdikari seperti yang dilihat di dalam video.



Walaubagaimanapun mungkin atas pertolongan ayahnya, Jane Carrey dikatakan diberi layanan istimewa sebab dia tidak perlu beratur dan menunggu berjam-jam untuk sesi ujibakat tersebut seperti peserta lain.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More