Tuesday, January 24, 2012

Whitney Houston dah pokai


Penyanyi berusia 48 tahun dan bekas isteri Bobby Brown yang pernah ketagih dengan dadah jenis "crack cocaine" dikatakan telah kehabisan wang.
Dikenali sebagai seorang penyanyi, pelakon, producer dan bekas model terkenal di Amerika Whitney Houston dilaporkan mengalami masalah kewangan yang amat teruk sekali dan menurut satu sumber yang mengatakan "She might be homeless if not for people saving her. She is broke as a joke." (Kalau tidak ditolong Whitney mungkin menjadi orang gelandangan sebab pokai), Sumber kewangan Whitney dikatakan dibantu oleh syarikat rakamannya "Arista" dengan memberikan wang pendahuluan untuk album Whitney terbaru.

Whitney juga dikatakan terpaksa meminjam $100 dollar daripada seseorang, menurut sumber tersebut, "She called someone to ask for $100. It is so sad. She should have Mariah Carey money, and she's flat broke."
Walau bagaimanapun, jurucakap Whitney Houston menafikan tentang masalah kewangan yang dihadapi Whitney 'That is ridiculous and not true! She stars in SPARKLE out in August which she also Exec produced. She just wrapped the film.'

Sumber: Dailymail

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More