Wednesday, February 22, 2012

Along Raja Lawak yakin ramalan Feng Shui?

Along raja lawak.

Along Raja Lawak berkata sebelum ini dia pernah berjanji kepada Penasihat Kesihatan Metrowealth (MIG) yang mahu dikenali dengan Master Eng untuk membotakkan kepala jika kutipan filem Adnan Sempit 2 yang dibintanginya itu mencecah RM13 Juta.

Bagaimanapun, Along Raja Lawak akui berasa sedikit gementar dan cuak jika benar kepalanya akan dibotakkan.

"Pada mulanya, perbualan kami bukanlah serius sangat kerana kami hanya berbual kosong sahaja. Master Eng ada meramalkan bahawa dia yakin bahawa Adnan Sempit 2 boleh mencecah kutipan RM13 Juta.

"Kemudian dalam nada gurauan saya pula dengan celuparnya dan tanpa berfikir panjang terus berkata akan membotakkan kepala jika ramalannya itu tepat.

"Tiba-tiba Master Eng telah mengambil perkara itu serius dan memegang janji saya

"Namun selepas difikir balik, saya akui mulai cuak kerana biarpun dia hanya seorang penasihat kesihatan, tetapi apa jua ramalannnya terhadap kutipan filem MIG sebelum ini boleh dikatakan hampir tepat.

"Mahu atau tidak saya kena lah terima padahnya nanti," katanya yang ditemui dalam tayangan preview filem Adnan Sempit 2 bersama pengguna Shurah baru-baru ini.

Adnan Sempit 2.

Selain Along Raja Lawak, Adnan Sempit 2 yang bakal ditayangkan pada 23 Februari ini juga turut dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin dan Angah Raja Lawak.

Apa yang pasti, jika ramalan Master Eng itu tepat, upacara membotakkan kepala tersebut akan disaksikan oleh seluruh warga kerja Adnan Sempit 2 dan MIG.

Pertama kali menyaksikan sambutan penonton terhadap filem itu ketika majlis prebiu bersama pengguna Shurah, Along akui dia kini sudah mula rasakan ramalan berkenaan dijangka tepat.

"Terus-terang, saya sudah mula mengambil serius tentang ramalan dan perjanjian saya itu.

"Mana taknya, selepas kali pertama melihat reaksi penonton dalam tayangan preview ini saya terkejut dengan sambutan baik mereka yang boleh dikatakan tidak berhenti ketawa dari mula hingga akhir filem.

"Tambahan pula, selepas habis tayangan, Master yang turut hadir menonton telah berjumpa dengan saya dan memberi peringatan tentang kata yang saya janjikan.

"Saya akui, kini sudah mula yakin dengan ramalannya," katanya lagi yang sudah mula menjalani penggambaran Wawa Semput.

Sumber: Murai

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More