Wednesday, February 22, 2012

Persiapan Lisa Surihani sebelum bergelar Isteri


Lisa Surihani mandi bunga pada 17 Februari lalu.

Atas pesanan dan kehendak ibu iaitu Siti Amira Ahmad untuk tidak melupakan amalan tradisi Melayu, Lisa Surihani telah melakukan upacara mandi bunga, majlis berinai dan khatam Al-Quran sebagai persiapan untuk perkahwinannya dengan Yusry Abdul Halim pada esok hari (23 Februari 2012).

"Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan.

"Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda.

Majlis berinai di rumah Huda.

"Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran,"

Majlis khatam Al-Quran bersama saudara-mara.

Lisa Surihani berasa seronok dengan amalan yang diadakan bersama teman rapat dan keluarga kerana merasakan seperti kembali mempraktikkan budaya nenek moyang yang semakin dilupakan.


Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.


Kad jemputan kahwin Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.

Kedua-dua mereka akan memakai busana rekaan Butik Cosry untuk kedua-dua acara iaitu hari pernikahan dan persandingan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More