Wednesday, February 8, 2012

Brad Pitt & Angelina Jolie berkahwin

SELAMA tujuh tahun bersama, pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt kerap dikatakan a mahu segera berkahwin. Malangnya sehingga kini, masih belum pasti sejauh manakah kebenaran perkara itu.

Menurut laporan Dailymail pasangan selebriti itu sedang membuat persiapan untuk berkahwin pada musim bunga ini yang dijadualkan di kampung halaman Brad, iaitu di Springfield, Missouri, Amerika Syarikat.

Pada majlis perkahwinan mereka nanti, Brad dan Jolie mahu elemen budaya tempat kelahiran anak-anak mereka diterapkan dalam acara tersebut seperti Kemboja (tempat lahir Maddox), Vietnam (Pax), Ethiopia (Zahara), Namibia (Shiloh) dan Perancis (Vivienne dan Knox).

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak akan melibatkan upacara keagamaan memandangkan kedua-dua pasangan selebriti itu tidak beragama.

“Majlis perkahwinan mereka akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan teman rapat sahaja.

“Mereka tidak mahu perkahwinan mereka menjadi medan perniagaan media, sebaliknya mahu ia dilangsungkan secara privasi sahaja," kata sumber.

Sebelum ini, Brad pernah membuat kenyataan kepada umum bahawa keenam-enam anak mereka seperti memaksa untuk segera menjadi suami isteri yang sah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More