Wednesday, February 1, 2012

Gambar Beto Kusyairi dan isteri Tisha Shahar







Pelakon berbakat besar yang mula dikenali sejak drama Warkah Terakhir: Rosli Dolby,Geng Surau,Uri ini sebenarnya telah lama berkecimpung dalam industri seni. Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya. Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton. Lulusan Diploma Perhotelan, Universiti Teknologi MARA ini berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai bakat lakonan yang bagus setanding pelakon hebat sedia ada.

Asal Usul Nama Beto Kusyairi

“Ketika terbabit dalam Syaitan, saya gunakan nama Kusyairi. Kebetulan Rosyam juga berlakon dalam filem itu, jadi apabila dia tengok saya hanya pakai nama Kusyairi, dia mencadangkan supaya saya gunakan dua nama sepertinya. Kata Rosyam, kebanyakan pelakon menggunakan dua nama, manakala satu nama pula selalunya digunakan oleh penyanyi.

“Kata-kata itu saya pegang. Saya pula malas hendak fikir panjang. Kebetulan, sewaktu di sekolah saya ada kumpulan. Dalam kumpulan itu, kami ada nama panggilan masing-masing. Nama kami diambil daripada sebuah drama Mexico yang berkisar mengenai persahabatan. Nama yang tinggal waktu itu hanyalah Beto, jadi teman rapat memanggil saya dengan nama itu. Jadi saya pun gunakan nama berkenaan sebagai nama cari makan.( Petikan daripada Berita Harian)



Nurkusyairy Zakuan bin Osman
19 February 1980 Kuala Lumpur
Tempoh aktif 2003 hingga sekarang
Berkahwin dengan Tisha Shahar


Filem

Jln. Pintas (Nam Ron)
Chow Kit (Brando Lee)
Barajiwa (Osman Ali)
Sini Ada Hantu(James Lee)
Nur Kasih The Movie (Kabir Bhatia)
Kami The Movie (Fizi & Fendi)
Syaitan (Bade Azmi)

Filem pendek
Hujan Panas(Nadiah Hamzah)
Sangkar(Sharifah Amani)


Telemovie

Kashaf Imani (Azma Aizal Yusoof)
Uri (Tunku Mona Riza)
Misteri Gua Musang (Anwardi Jamil)
Manggah Runggah(Nuad Othman)
Bila Merpati Terbang Malam(Bade Azmi)
6 Sharifah (Wan Hasliza)
Rel Waktu (Zulkiflie M. Osman)
Mencari Nurkhadijah (Erma Fatima)
Ibu Mak Mama Mummy Ummi(Emi Sufian@Pian Skru)
Pasukan Gerak Cepat-PGC (Haris Fadzillah)
Lorong Neraka@Tersasar Di Jalanmu(Erma Fatima)

Drama
Wasiat (Faisal Ishak)
Lari Sayang Lari(Yasu Tanaka)
Cita & Cinta (Azma Aizal Yusoof) 2011 TV9
Juvana (Faisal Ishak) 2011 TV3
Geng Surau (Wan Hasliza/Johan Bahar/Syed Khairul Fariz)
Putra Pura (Johan Bahar)
K.I.T.A (Michael Ang)
Dendam Kesuma:Tun Fatimah (Zaili Sulan)
Apa Dosaku:Sybil Kathigasu (Bernard Chauly)
Lembing & Layang:Senoi Praaq (Wan Has]]liza)
10:Mokhtar Dahari (Manesh Nesaratnam)
Warkah Terakhir:Rosli Dhoby (Wan Hasliza)
Pusaka(Bade Azmi)
Bilik No 13-Season 2(Anwardi Jamil)
Kekasihku Seru(Kabir Bhatia)
Lima(Wan Hasliza)

5 comments:

fieda said...

top la dia ni skrg..btw isteri dia dgn dia muka lebih kurang sama mcm adik beradik la..

syaidacutie said...

sebenarnya tak tahu beto ni dah kahwin ingatkan masih single

Unknown said...

Muka dia sikit2 mcm arwah achik spin. Especially bila dia senyum. I loike. :)

Unknown said...

aku minat lakonan dia, pandai menjiwai watak, baguih dok ada

Unknown said...

sgt,sgt,sgt,sgt,sgt,sgt,sgt,sgt,sgt,sgt.sgt.sgt.sgt.sgt.sgt,sgt,sgt,sgt,sgt,sgt,sgt BERBAKAT. suka BETO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More