Sunday, February 26, 2012

Gambar Perkahwinan Ana Raffali daripada Ministry Of Moment






Empat dari kiri.. macam Datuk Siti :)


Omg..cantiknyee kasut Ana.





Ana Raffali dan ibu tersayang.

Gambar Pertunangan dan Akad Nikah Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah daripada Ministry Of Moment sila like Facebook Ministry Of Moment.

Dengan sekali lafaz, penyanyi lagu "Tolong Ingatkan aku", Ana Raffali 26, kini sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, pada 25 Februari 2012.
Didahului dengan majlis pertunangan pada jam 11.15 pagi, pasangan pengantin ini dinikahkan oleh bapa Ana Raffali sendiri iaitu Mohd Raffali Mohd Nor di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Kuala Lumpur pada jam 11.55 pagi tadi dengan mas kahwin sebanyak RM11, 412.
Angka simbolik mas kahwin "11412" adalah gabungan tarikh lahir Ana yang dilahirkan pada 14 November manakala Naim pada 24 Februari.
Majlis persandingan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah pula dilangsungkan pada jam 2 petang kemudiannya di tempat yang sama di perkarangan masjid dengan kehadiran kira-kira 500 tetamu jemputan terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan wakil media.

Hantaran Pengantin lelaki
1)sirih junjung
2)coklat
3)telekung
4)set perfume Mont Blanc
5)manisan
6)gelang tangan perak dan cincin
7)cek RM11, 412

Hantaran Pengantin Perempuan
1)buah-buahan
2)bunga rampai
3)kek
4)7 biji kamera
5)jam tangan Stuhrling dan perfume Lacoste
6)sireh junjung
7)Ipad
8)cincin
9)dompet

Semua hantaran digubah sendiri oleh Ana Raffali. (Well done Ana)

Selamat pengantin baru semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More