Sunday, February 26, 2012

Datuk Siti Nurhaliza Beli Pangsapuri Mewah 'The Istana' di Australia

Datuk Siti Nurhaliza.

Magna Prima Bhd., pemaju hartanah tempatan hari ini melancarkan projek sulung kediaman di luar negara, The Istana di Melbourne Australia yang menyaksikan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjadi pembeli pertama unit kediaman itu.

Siti Nurhaliza merupakan pembeli pertama kediaman pangsapuri satu bilik The Istana.
Pengarah Eksekutif Magna Prima, Datuk Rahadian Mahmud berkata, nilai pembangunan kasar projek tersebut ialah RM714 juta dan 62 peratus kediaman telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa.

Manakala bakinya pula dijual untuk rakyat Malaysia dan ekspatriat yang menetap di Australia dengan harga permulaan RM1.1 juta dan ke atas dengan jangkaan siap pada tahun 2014.

"Pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung kami di luar negara dan sedikit sebanyak mempercepatkan langkah kami untuk meluaskan perniagaan ke peringkat serantau," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran jualan The Istana yang disempurnakan oleh Siti Nurhaliza di sini hari ini.

The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A'Beckett Street, sebuah lokasi di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

"The Istana" di Melbourne Australia.

Projek yang dahulunya dikenali sebagai Dynasty Living, dibangunkan di atas tanah 10,800 meter persegi, mengandungi 320 unit kediaman merangkumi unit studio, pangsapuri dua, tiga dan empat bilik tidur dan unit penthouse dua tingkat.

Pertukaran nama kepada The Istana adalah langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan Malaysia.

"Kami melihat ramai orang memilih untuk membeli hartanah di luar negara terutamanya di Australia dan United Kingdom kerana kedua-duanya merupakan lokasi pusat pengajian tinggi malah golongan profesional muda Malaysia juga mula berminta untuk melabur ke Australia ketika ini," katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More