LOS ANGELES: Penyanyi British, Adele membawa pulang enam trofi pada Anugerah Grammy ke-54 termasuk Lagu Terbaik menerusi hitnya, Rolling in the Deep dan Album Terbaik, 21.
Adele, 23, juga memenangi Rekod Terbaik, Album Pop terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Video Muzik Pendek Terbaik pada malam anugerah gilang-gemilang itu.
Dia mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.
Pada acara itu, Adele turut mengadakan persembahan pertamanya menerusi lagu Rolling in the Deep selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya pada November tahun lalu.
Kemunculannya di acara karpet merah juga turut ditunggu-tunggu oleh peminat kerana sudah lama tidak membuat kemunculan di khalayak.
Dalam pada itu, kumpulan rock terkenal Foo Fighters mengungguli kategori rock apabila membawa empat anugerah iaitu Lagu Rock Terbaik (Walk), Album Rock Terbaik (Wasting Light) , Persembahan Rock Terbaik (Walk) dan Persembahan Rock Metal Terbaik (White Limo).
Manakala kumpulan rock Bon Iver dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik tahun ini selain turut membawa pulang anugerah Album Alternatif Terbaik.
Sementara itu penyanyi country, Taylor Swift turut membawa pulang dua anugerah dalam kategori Country iaitu Persembahan Country Terbaik dan Lagu Country Terbaik menerusi lagu Mean.
Jennifer Hudson memberikan persembahan khas sebagai memperingati mendiang penyanyi terkenal Whitney Houston yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Antara pemenang lain pada majlis tersebut adalah Chris Brown menerusi kategori Album R&B Terbaik, Album Country Terbaik dimenangi oleh Lady Antebellum, Kolaborasi Rap Terbaik iaitu Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie dengan lagu All of the Lights.
Dihoskan oleh penyanyi rap, LL Cool J, Anugerah Grammy turut memberikan penghormatan kepada diva terkenal, Whitney Houston yang meninggal dunia pada Sabtu lalu selain penyanyi R&B Jennifer Hudson membuat satu persembahan khas untuk lagenda tersebut.
Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah Grammy ke-54.
Album Terbaik: Adele, 21
Rekod Terbaik: Adele, Rolling in the Deep
Lagu Terbaik: Adele, Rolling in the Deep
Persembahan Vokal Pop Solo Terbaik: Adele, Someone Like You
Album Pop Terbaik: Adele, 21
Video Muzik Pendek Terbaik: Adele, Rolling In The Deep.
Artis Baru Terbaik: Bon Iver
Persembahan Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik: Tony Bennett & Amy Winehouse, Body and Soul
Album Alternatif Terbaik: Bon Iver, Bon Iver
Lagu Rock Terbaik: Foo Fighters, Walk
Album Rock Terbaik: Foo Fighters, Wasting Light
Persembahan Rock Terbaik: Foo Fighters, Walk
Persembahan Rock Metal Terbaik: Foo Fighters, White Limo
Album R&B Terbaik: Chris Brown, F.A.M.E.
Lagu R&B Terbaik: Cee Lo Green, Fool For You
Persembahan R&B Terbaik: Corrine Bailey Rae, Is This Love
Persembahan R&B Tradisional Terbaik: Cee Lo Green, Fool For You
Album Rap Terbaik: Kanye West, My Beautiful Dark Twisted Fantasy
Persembahan Rap Terbaik: Jay-Z dan Kanye West, Otis
Lagu Rap Terbaik: Jeff Bhasker, Stacy Ferguson, Malik Jones, Warren Trotter & Kanye West, All of the Lights
Kolaborasi Rap Terbaik: Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie, All of the Lights
Album Elektronik Terbaik: Skrillex, Scary Monsters and Nice Sprites
Album Muzikal Teater Tebaik: Robert Lopez, Trey Parker & Matt Stone, The Book of Mormon
Album Latin Pop Rock/Urban Terbaik: Mana, Drama y Luz
Album Tropika Latin Terbaik: Cachao, Last Mambo
Album Country Terbaik: Lady Antebellum, Own The Night
Persembahan Solo Country Terbaik: Taylor Swift, Mean
Lagu Country Terbaik: Taylor Swift, Mean
Anugerah Pencapaian Hidup: Diana Ross
0 comments:
Post a Comment