Friday, February 10, 2012

House Season 8 adalah yang terakhir.

Hugh Laurie melakonkan watak House.

Siri popular House MD akan ditamatkan menjelang penghujung musim ini iaitu musim kelapan ia ke udara.

"Selepas berbincang panjang, para penerbit House MD telah memutuskan untuk menamatkan siri ini pada penghujung musim sekarang," demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit sitkom tersebut pada Rabu.

Episod terakhir House MD dijadualkan menemui penonton pada 21 Mei nanti.

Sejak dilancarkan pada 2004, House MD telah diterbitkan sebanyak lebih 100 episod dan menjelang April nanti, siri itu akan mencecah 177 episod iaitu melebihi sasaran yang telah ditetapkan ketika ia mula-mula diterbitkan dahulu.


Siri tersebut yang dibintangi oleh aktor British Hugh Laurie yang berusia 52 tahun bermula dengan sambutan yang agak lembab pada 2004 tetapi kemudiannya menjadi siri popular mengatasi siri drama siasatan jenayah CSI.

Pada tahun 2008 House MD menjadi siri drama televisyen yang paling popular di Amerika dan juga di dunia apabila ia ditonton oleh 81.8 juta penonton di 66 buah negara.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kos produksi telah melambung tinggi manakala rating penonton telah menurun.

Pelakon utamanya Hugh Laurie sendiri juga telah berkata, selepas tamatnya siri ini beliau hanya ingin memberi tumpuan kepada kerja-kerja di belakang tabir.

Laurie telah memenangi dua anugerah Golden Globes untuk wataknya sebagai doktor yang berperwatakan pelik dan menjengkelkan dalam siri itu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More