Friday, February 10, 2012

Macaulay Carson Culkin baru berusia 31 tahun nampak seperti 60-70 tahun

Macaulay Culkin berusia 31 tahun ditemui di New York kelmarin.

Bintang Filem Home Alone yang popular pada tahun 1990 dahulu iaitu Macaulay Culkin ditemui di New York kelmarin dengan penampilan yang sungguh memeranjatkan, beliau nampak kurus kering dan terlalua tua seperti seorang datuk yang berusia 60-70 tahun di dalam gambar eksklusif yang diperoleh oleh ET ini.

Macaulay Culkin dan Mila Kunis berpisah pada 2011.

Pada awal tahun 2011 pasangan Macaulay Culkin dan Mila Kunis telah mengakhiri perhubungan cinta mereka setelah bergelar sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2002.


Macaulay Culkin adalah bintang kanak-kanak paling terkenal pada tahun 1990-an

Macaulay Carson Culkin dilahirkan pada 26, Ogos, 1980. Beliau menjadi sangat terkenal kerana watak Kevin McCallister yang dilakonkannya dalam Home Alone dan Home Alone 2: Lost in New York. Selain itu beliau juga dikenali dengan wataknya dalam filem Richie Rich, Uncle Buck, My Girl, The Pagemaster, dan Party Monster, serta muncul dalam muzik video Michael Jackson "Black or White". Pada kemuncak kemasyhurannya, Macaulay Culkin dianggap sebagai pelakon kanak-kanak yang paling berjaya sejak Shirley Temple

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More