Saturday, February 4, 2012

Manohara nafi sudah berkahwin

Baru sahaja menafikan dirinya tidak mempunyai teman lelaki, kini model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot didakwa sudah berkahwin dengan seorang gabenor Sulawesi Tenggara, Nur Alam secara rahsia.

Berita tersebut hangat diperkatakan selepas gambar mesra Manohara memakai blaus putih jarang yang menutupi badannya dan gabenor di atas sebuah bot tersebar luas di internet.

Walaubagaimanapun pengurus kepada model berusia 18 tahun itu, Tintin tampil menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa walaupun rapat.

"Ya, Manohara sering dijemput untuk menghadiri pelbagai acara. Namun bukan dia sahaja yang sering diundang. Ada juga artis-artis lain. Sudah namanya promosi. Mereka memang rapat, tetapi ia tidak bermakna mereka mempunyai sebarang hubungan istimewa," ujar Tintin ketika dihubungi Kapan Lagi.

Tintin turut menafikan khabar angin yang mendakwa bekas isteri kepada Tengku Muhammad Fakhry ini sudah berkahwin dengan Nur Alam.

"Tidak benar sama sekali! Ia hanya gosip. Kita tidak boleh lakukan apa-apa dan hanya mampu menafikannya jika gosip tersebut tidak benar," jelasnya lagi.

Sebelum ini model kelahiran Jakarta mengakui dirinya masih belum mempunyai teman istimewa selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan daripada kerabat diraja negeri Kelantan.


Gambar-gambar Manohara Odelia Pinot sering saja menjadi buah mulut pengguna alam maya

gambar manohara seksi



Manohara Odelia Pinot (lahir Manohara Odelia Manz di Jakarta, Indonesia pada 28 Februari 1992) adalah seorang model Indonesia. Beliau memegang dua kewarganegaraan iaitu Indonesia dan Amerika dan berdarah campuran Caucasian dan keturunan Bugis Indonesia. Beliau berkahwin dengan putera Kelantan Tengku Muhammad Fakhry pada 26 Ogos 2008.

Bapa kandung Manohara George Manz, adalah warganegara Amerika. Ibu Manohara, Daisy, mempunyai beberapa perhubungan yang gagal. Suami pertama Daisy adalah Edy seorang warga Indonesia, diikuti oleh oleh war amerika George Manz, yang merupakan bapa kandung Manohara. Daisy telah mengambil Manohara daripada George Manz, semasa Manohara berumur dua tahun pada 17 tahun dahulu.

Daisy kemudian berkahwin dengan Juergen Reiner Noack-Pinot, seorang rakyat Perancis. Manohara membawa nama Pinot sehingga kini walaupun dokumen peribadi, termasuk pasport US, membawa nama keluarga Manz.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More