Saturday, February 4, 2012

Planet yang keempat telah ditemui berpotensi wujud kehidupan

Planet yang keempat telah ditemui di luar sistem solar kita pada jarak kira-kira 22 tahun cahaya dari Bumi sebagai salah satu planet yang berpotensi didiami oleh maakhluk hidup dengan suhu yang boleh menyokong air dan kehidupan telah ditemui oleh ahli astronomi antarabangsa.

Kumpulan astronomi antarabangsa ini telah membuat menganalisa data daripada Balai Cerap Selatan Eropah (European Southern Observatory) mengenai bintang yang dikenali sebagai GJ 667C, iaitu bintang kerdil kelas M dan mendapati suhu panasnya kurang daripada matahari kita.

Planet baru yang berbatu, GJ 667Cc, mengorbit bintang setiap 28,15 hari bermakna 1 tahun di sana bersamaan kira-kira satu bulan Bumi - dan mempunyai jisim sekurang-kurangnya 4.5 kali daripada Bumi, mengikut kajian yang disiarkan dalam Astrophysical Journal Letters.

AFP

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More