Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.
Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam Isnin lalu, Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan.
Ekin pernah keguguran sebanyak dua kali pada tiga tahun yang lalu, Alhamdulillah anak perempuan Mawi dan Ekin kali ini selamat dilahrirkan. Tahniah *I love baby*
0 comments:
Post a Comment