Tuesday, February 28, 2012

Penjelasan Wardina yang menganggap dirinya lebih cantik daripada J-Lo

Wardina Safiyyah.

Saya merasakan wartawan ZAMZUKHAIRI NOORDIN menganalisa kenyataan saya dengan pandangan matanya dan saya merasakan ianya kurang tepat dari apa yang sebenarnya ingin saya sampaikan. Namun jika itulah interpretasinya, saya menerima dan menghormatinynya. Mari saya jelaskan dari mulut saya sendiri apa yang saya maksudkan. Kerana menjatuhkan orang lain atau mengatakan saya LEBIH CANTK BUKANLAH MATLAMAT ATAU AGENDA SAYA. Saya tidak perlu kelihatan cantik di mata anda, kamu, saya atau dia. Cukuplah saya cantik dimata Allah dan Allah tidak menilai saya dengan rupa, fizikal atau harta namun TAQWA. Saya tidak suka dilabel merendahkan orang lain, atau menghina, atau membangga diri kerana saya sedang menjaga hati saya. Dan ianya bukanlah mudah. Saya pasti anda mempunyai perasaan serupa, kerana akhirnya kita semua sama sahaja.

1. Saya TIDAK kata "saya RASA saya lebih cantik dari J.LO kerana SAYA wanita Islam" honestly i dont remember saying that at all. The students there will be my witness. Correct me if im wrong. And all this fuss takes the REAL MESSAGE away from what I'm trying to say and get at . That is really disappointing to me.

Allah sah, sahlah J.Lo sangat cantik :) Jelita dan menawan dari standard Barat dan Hollywood. Tidak dinafikan, sejuta kali cantik lagi dari saya. I know.....I know.... But i dont mind you see. Malah kita semua kini menilai CANTIK dari paksi yang serupa - paksi kita di barat dan Hollywood, dari majalah Vogue atau Cosmoplitan. Yang tak dapat jadi cover maka TAK CANTIK lah. Let me tell you something, Muslim women, who think they are beautiful enough INSIDE..and really want the beauty of Iman in ther hearts, with the niqab and hijab. Dont really care.

2. Bila saya kata, "SAYA".....cuba fahamkan .....Bila saya kata...."SAYA" ..... saya sebenarnya menyuruh adik adik berkata pada diri ... Macam ni "Sepatutnya kita ada keyakinan untuk berkata "Saya lebih cantik dari J.Lo, sebab saya cantik di sisi Allah dengan menutup aurat" Maknanya SAYA tu bukan SAYA Wardina tapi adik-adik sebut pada diri - SELF TALK . Get it?

Disalah ertikan, all the time, is quite frustrating you know. You try, if it happens to you, and see if you like it. But never mind, I will always spend time to iron out any misunderstandings. I understand we all have different way of thinking and seeing things. Sometimes I think its just that people LIKE to provoke me for some reason, please remember, i will NOT let it happen InsyaAllah. Because I will protect my dignity and pride, we ALL should do that and live with Allah's name Al-Aziz!

Maaf lah banyak-banyak kalau masih tidak faham. Dan buat Wartawan tersebut, tulisan anda cukup cantik, tapi saya benar-benar tidak perlukan headline sebegitu. Jagalah maruah saya sebagai seorang Muslimah yg sedang bertungkus lumus menyebarkan kebaikan, mengajak adik-adik yang tersasar supaya kembali pada Islam tanpa glamour, wang, nama dan habuan dunia. At least respect that. TQ.



(Artikel yang menyalah tafsir pandangan Wardina.)

Syukur Saya Lebih Cantik Dari J-LO – Wardina

ALOR GAJAH – Selebriti tanahair terkenal, Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.

“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.

“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,” katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut menyarankan kepada para muslimah khususnya golongan remaja agar memelihara kecantikan yang dikurniakan Allah kepada mereka dengan menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak.

Wardina turut menasihati para pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang hadir di situ agar bijak berfikir dan beridea kritis untuk membina kehidupan yang lebih bermakna.

“Di dalam Al-Quran, kita diminta oleh Allah supaya banyak berfikir dan kita perlu punya pemikiran kritis untuk menjadikan hidup kita lebih menarik dan bermakna,” katanya lagi.

Wardina dijemput penganjur ICE 2012, pelajar-pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka untuk mengisi slot program berkenaan dan berinteraksi bersama para hadirin yang memenuhi ruang Kompleks Dataran Pahlawan tersebut.

Meskipun diberikan masa yang singkat, Wardina jelas hebat dengan berada di kelasnya yang tersendiri apabila menggamatkan majlis dengan telatahnya yang mencuit ramai peminat untuk mengerumuni beliau dan mendengar celotehnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More