Thursday, February 2, 2012

Pelawak Ade Namnung meninggal pada usia 34 tahun

Pelawak dan penyampai TV Indonesia Syamsul Effendi atau lebih dikenali sebagai Ade Namnung telah meninggal dunia pada hari Selasa 31 Januari 2012, akibat serangan jantung di Hospital Mitra Keluarga Cibubur Timur Jakarta.

Ade yang berumur 34 tahun, telah dibawa ke Unit Rawatan Rapi kira-kira sejam sebelum dia meninggal dunia.

Ade sebelum ini dimasukkan ke sebuah hospital di Sidoarjo, Jawa Timur, pada 19 Disember, 2011, selepas mengalami angin ahmar. (stroke)

kakak Ade iaitu Dila berkata bahawa keadaan Ade telah bertambah baik selepas menjalani pelbagai rawatan.

"Beliau juga menawarkan untuk menjadi tuan upacara untuk sambutan ulang tahun ke-hospital," kata Dila.

Ade telah dipindahkan ke hospital Mitra Keluarga tidak lama selepas itu, sebelum meninggal akibat serangan jantung.

Ferinawati Diyanti

Ade Namnung sebelum ini dikatakan merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya Ferinawati Diyanti pada bulan April nanti.

Takziah kepada keluarga Syamsul Effendi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More